https://my12.awfatech.com/islah/content/news/newsf1_SR059_1581387382.jpg

OLAHRAGWAN DAN OLAHRAGAWATI SRAI 2020

PADA TEMASYA SUKAN KALI INI, MUHAMMAD SUFI BIN SULAIMAN TELAH TERPILIH SEBAGAI OLAHRAGAWAN SRAI 2020 MANAKALA AUNI INSYIRAH BINTIMOHD AMIN TELAH TERPILIH SEBAGAI OLAHRAGAWATI SRAI 2020. TAHNIAH DAN SYABAS.

LAGI
https://my12.awfatech.com/islah/content/news/newsf1_SR059_1581387261.jpg

PERASMIAN TEMASYA SUKAN SRAI 2020 OLEH SETIAUSAHA UNIT KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SRAI KALI KE-26 TELAH DIRASMIKAN DAN DISEMPURNAKAN OLEH SETIAUSAHA UNIT KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH, DR SHAHRINIZAM BIN MOHD AMIN DENGAN SIMBOLIK MEMANAH.

LAGI
https://my12.awfatech.com/islah/content/news/newsf1_SR059_1581386921.jpg

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SRAI 2020

6 FEBRUARI 2020, KHAMIS. BERLANGSUNG TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH RENDAH AL-ISLAH (SRAI) DI PADANG AL-ISLAH. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN PADA HARI KEMUNCAK SUKAN SRAI INI IALAH SUKANEKA DAN TARIK TALI. ACARA-ACARA LAIN SEPERTI FUTSAL, BADMINTON, MERENTAS DESA, BOLA JARING TELAH DIPERTANDINGKAN LEBIH AWAL DI PELBAGAI LOKASI SEPERTI PADANG TAMAN RHU DAN GELANGGANG BADMINTON PADANG TEMESU.

TEMASYA INI BERAKHIR DENGAN JOHAN DIUNGGULI OLEH RUMAH HAMZAH DENGAN PUNGUTAN 26 PINGAT EMAS DIIKUTI DENGAN RUMAH SALAHUDDIN DENGAN 13 PINGAT EMAS. MANAKALA RUMAH ALI DENGAN 10 PINGAT EMAS SEBALIKNYA RUMAH UMAR DAN UTHMAN SAMA-SAMA MENDAPAT 8 PINGAT EMAS.

BAGI PEMENANG KATEGORI PERBARISAN TERBAIK DIMENANGI OLEH RUMAH ALI. LAUNGAN ARMY YELL TERBAIK DIMENANGI OLEH RUMAH HAMZAH. MANAKALA RUMAH SUKAN YANG PALING BERDISIPLIN SECARA KESELURUHANNYA DIMENANGI OLEH RUMAH UTHMAN DAN AKHIR SEKALI RUMAH SUKAN YANG BAIK DI SUDUT KEBERSIHANNYA DIMENANGI OLEH RUMAH UMAR.

LAGI
https://my12.awfatech.com/islah/content/news/newsf1_SR059_1571285117.jpg

MURID TAHUN 4 NUR IKLIL IRDINA HARUMKAN NAMA SRAI DI ARENA INDUSTRI ROBOTIK.

TAHNIAH KEPADA NUR IKLIL IRDINA BT NORDIN 4 AL-BIRUNI ATAS KEMENANGAN DALAM PENYERTAAN PROGRAM ANIMALBOT MAKEATHON 2019. IA ADALAH PERTANDINGAN MEREKACIPTA ROBOT YANG BERTEMAKAN BINATANG YANG DIADAKAN DI JMTI BUAT KALI KEDUA PADA 12 & 13 OKTOBER YANG LALU.

(II) KATEGORI SEKOLAH RENDAH

TEMPAT PERTAMA :
SEKOLAH RENDAH AL ISLAH, SUNGAI PETANI KEDAH

TEMPAT KEDUA :
SEKOLAH KEB. SAUJANA INDAH, NIBONG TEBAL PULAU PINANG

TEMPAT KETIGA :
SEKOLAH KEB. PERMATANG TIONG(TEAM1), KULIM KEDAH

PROGRAM ANIMALBOT MAKEATHON  2019 ADALAH PERTANDINGAN MEREKACIPTA ROBOT YANG BERTEMAKAN BINATANG YANG DIADAKAN DI JMTI BUAT KALI KEDUA. TEKNOLOGI AUTOMASI DAN SMART MANUFACTURING MERUPAKAN TUNJANG KEPADA REVOLUSI INDUSTRY 4.0. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK ROBOT MERUPAKAN SATU KEPERLUAN KEPADA PESERTA YANG BERASASKAN TVET. KESEDARAN TENTANG TEKNOLOGI ROBOTIK KEPADA PESERTA AMATLAH PENTING DALAM MEMASTIKAN KELESTARIAN DAN NILAI TAMBAH KEPADA PENINGKATAN KEMAHIRAN PESERTA.

 

OLEH ITU, PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SEMESTER 5 DARIPADA BAHAGIAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK (BTKM) TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGANJURKAN PROGRAM ANIMALBOT MAKEATHON 2.0.  PROGRAM INI MERUPAKAN ADAPTASI KEPADA PROGRAM ANIMALBOT MAKEATHON YANG TELAH DIANJURKAN PADA TAHUN 2018 DI JMTI. PARA PESERTA PERLU MEREKABENTUK DAN MENGHASILKAN ROBOT BERASASKAN KEPADA RUPABENTUK HAIWAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI SEPERTI KOTAK KERTAS. ROBOT TERSEBUT PERLU DILENGKAPKAN DENGAN MIKROPENGAWAL, SERVO MOTOR DAN SENSOR. PESERTA JUGA PERLU MELENGKAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN IAITU ROBOT TERSEBUT PERLULAH MENGIKUT GARISAN YANG TELAH DITETAPKAN.

 

PERTANDINGAN INI DIJALANKAN SELAMA 2 HARI. HARI PERTAMA PARA PESERTA AKAN DIAJAR CARA MENGATURCARA MENGGUNAKAM ATURCARA “MAKEBLOCK”. PERSERTA JUGA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN KOMPONEN-KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN SEPERTI SENSOR, SERVO MOTOR, IR SENSOR, ULTRASOUND SENSOR DLL SERTA FUNGSI SETIAP KOMPONEN TERSEBUT. PADA HARI YANG SAMA PARA PESERTA JUGA DI KEHENDAKI MEMBINA TAPAK BAGI ROBOT TERSEBUT.

 

HARI KEDUA, PARA PESERTA DIKEHENDAKI MEMBINA BADAN ROBOT SERTA MENYIAPKAN TUGASAN YANG TELAH DIBERIKAN.

 

 

PERTANDINGAN INI MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR JMTI SERTA PELAJAR SEKOLAH RENDAH.

 

DUA JENIS KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH:

  • PELAJAR JMTI
  • SEKOLAH RENDAH

 

OBJEKTIF:

  • PENDEDAHAN TENTANG TEKNOLOGI TERKINI YANG MENJURUS KEPADA TEKNOLOGI INDUSTRI 4.0.
  • MEMBERI KESEDARAN KEPADA PESERTA BERHUBUNG TEKNOLOGI ROBOTIK.
  • MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG APLIKASI TEKNOLOGI “INTERNET OF THINGS”.
  • MENBERI KESEDARAN PENGGUNAAN BARANGAN TERPAKAI SEPERTI KOTAK KERTAS DLL.

 1.        IMPAK PROGRAM : 

  • MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PELAJAR PELAJAR JMTI BERKAITAN CARA PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN MIKROPENGAWAL DAN SENSOR UNTUK MEMBANGUNKAN SESUATU PROJEK. 
  • MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DALAM MENYELASAIKAN SESUATU PROJEK SECARA BERKUMPULAN. 
  • MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYERLAHKAN KREATIVI PELAJAR DALAM MENCIPTA ROBOT BERDASARKAN KEPADA IDEA YANG DIJANA SECARA BERSAMA. 
  • MEMBERI KESEDARAN TERHADAP BAHAN KITAR SEMULA.
LAGI

Page 3 of 3