PENDAFTARAN SRAI & SMAI SERTA MTAI 2021 DILAKUKAN SECARA ATAS TALIAN.
17 Oktober, Berikutan pandemik COVID-19 belum reda dan menunjukkan pertambahan kes di seluruh negara, pihak PPAI mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan SOP sebagaimana yang disarankan oleh pihak KKM dan MKN. Ini adalah langkah pencegahan yang terbaik yang dapat diambil bagi menghalang penyebaran virus COVID-19 dari terus menjangkiti. Marilah sama kita mengekang penularan COVID-19. Oleh itu pihak PPAI berharap waris yang hadir secara fizikal untuk berurusan untuk perkara berkaitan hendaklah menjaga SOP dengan mematuhi segala garis panduan seperti yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN. Pastikan pakai topeng muka , ambil suhu, jaga jarak dan PASTIKAN hanya seorang sahaja berurusan. Elakkan turun dari kenderaan jika tidak perlu.